Selepas dua bulan untuk semester ni, baru aku perasan yang hari ni aku tgh dan baru pertama kali buat esaimen kat umah..(biar betul)!!..tp tu la hakikatnye..bukan xde blaja ape..tp semester ni banyak dihabiskan masa kt projek2 yg dipertanggungjawabkan..bunyi mcm relax tp projek2 tu smue buat aku sakit kepale..
So, dalam tekun2 aku mentelaah esaimen yg diberikan sambil di sebelahnye terselit kertas jawapan membe aku sebagai bahan rujukan (bukan tiru eh)..tibe2 aku terasa macam hadir satu kesedihan menyelubungi kotak fikiran aku dan menyebbkan aku seperti meronta-ronta ingin mencalit sesuatu yang berbunyi seperti kt bawah ni..Korang bace je lah..
* Sebelum baca, sila isikkan diri dengan emosi kesedihan..baru feel..hehehe..
Disaat diri mencari harapan
Datang ia menyapa disisi
Segalanya terasa bagai menjadi
Satu dunia ingin ku berlari
Menerangkan betapa gembiranya hati ini
Tapi..
Seperti kata yang acap didengar
"Langit tak sentiasa cerah..Ibarat roda, tak sentiasa diatas.."
Aku kembali mencari identiti diri
Pabila aku diperlakukan sebegini..
Hati tenangkan diri ini
Otak palingkan aku dari kesedihan ini
Agar aku masih dapat berlari
Dalam mencari sesuatu yang belum pasti..
Biar berjuta batu..
Biar berjuta tahun..
Tuhan hulurkan aku
Seseorang yg menjadi pasti
Milik ku hingga ke akhir nanti
Agar dapat ku berlari
Bersama-sama mengelilingi dunia
Biarkn langit menjadi pasti
Bahawa gembiranya hati ini
Nota Kekaki:-
* Memang nasib aku memang macam nie kot..hmm..